Tuesday 20 November 2012

Hikmah Penentuan Syarat-syarat Wajib dan Rukun Puasa


Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Contohnya dalam Islam telah menentukan syarat wajib dan rukun puasa. Antara hikmah ditentukan perkara tersebut adalah untuk: 
1. Menetapkan had umur bagi orang yang wajib berpuasa
2. Memberikan keringanan kepada orang sakit dan kurang upaya 
3. Memberikan peluang kepada orang yang berpuasa untuk bersahur
     
     

Wednesday 10 October 2012

Hikmah Puasa


      Puasa adalah  tanda syukur kita atas nikmat Allah Taala. Puasa melatih diri seseorang bersifat mahmudah seperti sabar, berdisiplin, amanah dan lain-lain lagi. Dengan berpuasa, seseorang itu juga dapat merasai penderitaan yang dialami oleh orang miskin.
      
       Kebanyakan penyakit berpunca daripada cara pemakanan. Dengan menghadkan pengambilan makanan pada bulan Ramadhan, kita dapat merehatkan sistem penghadaman dalam tubuh. Secara tidak langsung, ini dapat menghindarkan diri daripada penyakit. Tubuh yang sihat akan memberi kita peluang untuk beribadat dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah Taala.

Monday 1 October 2012

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh        :   Siti Faizah Ab Molok
Nombor Matrik      :   PPG/BM/06/00871/2012/2/KIC
Topik                    :   Ibadah Puasa


            Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca

       Syukur  ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya berjaya juga menyiapkan tugasan KRT3013. Terima kasih diucapkan kepada Pihak KIRKBY kerana memberi pengalaman dalam penyediaan blog dan En Justin Taisin selaku tutor dan juga rakan semua yang telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga terbina laman blog ini.

      Harapan saya dengan adanya blog ini dapat dijadikan sebagai tempat perkongsian ilmu, medan rujukan dan juga dialu-alukan sebarang cadangan, komen demi penambahbaikan blog  ini.

Boleh berhubung jika ingin mendapatkan maklumat lanjut melalui facebook di SINI